put your footprint here. ok?

Monday, February 28, 2011

SUPER simple

Assalamualaikum.

Hari ni aku tak bercadang untuk updated entri yang heavy heavy sangat memandangkan aku masih cari ilham. So, tengok jelah ape yang aku sajikan kat bawah.




comel kan diorang?





Ahahahahaha. Seronoknye die gelak!












I'm taken? Wahahahaha.





Banana splittt!! my favouritee~





Good enough? Cukup la ek? Aku pun tak boleh nak on lame lame nih! Hope korang enjoy dengan gamba yang tak seberapa ni. Bila kata kata mati, biarlah gamba berbicara. ceyh ayat! tak boleh belah. Dah dah. Got to go now! Choww.Tata.

Sunday, February 27, 2011

today's dinner

Assalamualaikum
Nak tau aku dinner ape malam ni? Simple








Satu

Telur bistik.



Dua




1st time makan. Sebelum ni makan yang putih je. :)



Tiga

Tak tau ni ape? ni bendi or lady finger
Kau orang semua makan apa pulak?

My abah pergi Oman



Kiki   First of all, aku mintak maaaaaaaaaaaaaaff sangat sangat sebab tak updated. Actually tak updated bukan tak ada masa. Tak ada kesempatan di dalam kesempitan. Ini adalah kerana apabila si debab itu berada di rumah, chance aku nak sentuh computer ni sangatlah tipis erk? skemanya. Dia kata qada' sebab die duduk hostel, sedangkan aku bila bila masa boleh bukak bila die balik nanti. Tapi tak jugak! Hari biasa mak aku plak guna. Cisdale! Aku kena main rebut rebut pulak! Tapi insyaAllah tak janji Kalau lapang aku updated banyak banyak.

Aku takde benda best sangat tapi aku nak share something. Hari ni, pagi tadi kitorang satu family hantar abah aku kat airport KLIA. Out station kat Oman. So, 6:30 am dah gerak, sebab flight abah aku pukul 9:30 am. Dengan menaiki ford everest yang dipandu sendiri oleh ayah aku, kena sampai airport pukul 7:10 am nih! Pecut? Haruslah~ Wajib-ul-ghunnah pulak! Akhirnya 7:15 am sampai. Sepatutnya ayah aku gerak naik teksi je, tapi kitorang gedik nak hantar jugak!

Sampai sampai tu, penuh airport. Budak mesir dah gerak balik sana kut! Sementara tunggu abah aku check in tu, aku agak la bosan sebab bateri fon flat. Padan muka aku! Sape suruh tak charge? Dah tu earphone tersayang dah mintak clash dah. Bila nak cari baru ni? Teringat status ni semalam

  

waaaahhhh! Power gila hayat earphone die. Earphone aku? ciwekkkk! gedikkk! Memang tak boleh harap. Talian hayat pun tak bley pakai.Stop stop. Akhir sekali fon aku pun koma time tengah breakfast kat McD. Makan hot cakes. Takde la sedap mane pun.Just nice. Tak tau nak breakfast ape. Lebih kurang macam dorayaki kot, cume kosong. Tak hot pon! Aku ingat panas la sangat macam air kopi die. Hot fm lagi hot! Hahaha.



Bukan gamba aku. -google-



Tibalah saat saat perpisahan .. ceyh!  feeling pulak! Bukannye tak balik. seminggu je pun. Tapi aku rase sedih bila abah aku cakap


" Semoga dapat result yang baik! .. "

Huhu. Ape ape pun. Doa yang berterusan dipanjatkan kepada Yang Maha Adil dalam keputusan untuk hamba hambanya. Sayangnye time tu abah takde. Hmm, Ok. Life must go on Jaja! Mata menghantar langkah abah sehingga hilang dari pandangan. Sekarang. Tiada tujuan. Basyeer plus bushro nak tengok gak flight abah berlepas. So, we all pegi kat KFC yang terpencil kat taman kanak kanak tu. straight ke luar nampak landasan. First time tengok KFC lengang. Tadi dekat McD bukan main penuh sampai family kitorang main curik curik kerusi untuk duduk kat meja tinggi tu. Hahaha. Agak kelakar. Lastly, ummi plus abah plus bushro je duduk kat sit biasa. Tunggu punya tunggu punya tunggu, nampak la Oman Air berlepas. Huhu. Kontot je flightnye. Sebab tu la banyak transit. Tangki kecik.Pukul 11 lebih camtu abah sampai Bangkok! Pukul 3 flight ke mana pulak ntah. Tak ingat.

Kitorang ape lagi. Balik arr. Bukan balik umah. Tapi balik kampung. Before that, kitorang merayau kat Banting. Kononnye nak cari umah kawan lama umi. Tapi NOT found. Perjalanan diteruskan ke kampung. Ambil nenek bawak pergi kenduri dekat taman sebelah perumahan aku.

That is my journey for today. Enjoy my journey? Owh! Not yet? wait for tomorrow. Sampai sini je la eh? kucing aku dah lapar tu!  littlekittyemoticon

p/s : shuhadah jainal! Sorrrrry. Tapi nanti aku tolong blog kau! :)

Tuesday, February 22, 2011

Wow! Aku jumpa . .






Aku tengah blogwalking tadi bajet nak carik contest or segmen nak join.Yoyo Jalan punya jalan. Sampai la kat blog Farzana Farzanto ni. Latest post die Walawayy, Blog dah ade muka siot! Aku pun bukak la The Faceblog yang die cakap tu.ikut step, then join la komuniti ni.










Ape korang tunggu lagi? Tanak join? Nak? Klik atas ni, ok?
Dah! adek aku dah balik dari sekolah tu.Aku kena sediakan makanan.So, ciaww! Tata.Panda

Monday, February 21, 2011

Selamatkan masa hadapan


Halo halo readers semua!Little girlHari ni aku rasa tak sedap hati hati memang la tak sedap sejak minggu lepas semakin bertambah tambah. Aku asyik terfikir je pasal benda ni. Lagi lagi bila fikir result SPM dah nak keluar. Hari tu hampir je aku nak sakit jantung padahal tak pun. Action je lebih sebab diorang cakap result keluar awal. Tau tau je tu result STPM. Bukannya SPM. Malu je sape yang sebarkan kabar angin palsu lagi plastik tu. So, Alhamdulillah la.Sempat jugak buat kenduri solat hajat, yaasin, istikharah bla bla bla semua tu. At least takde la result aku tu teruk sebab amalan kurang en. Boleh la jugak aku tampung hati yang kian kosong dengan peringatan serta pengisian nih. Hahaha. Rindunye la dekat sekolah. Rase macam nak sekolah balik tapi tak nak ulang SPM. Malangnya, benda tu mustahil. Shontelle kata impossible! Dah dah! Jangan cakap banyak! Cute smiley Jom baca apa yang aku risaukan sangat tu.



 First of all. Aku minat design. Dah selidik sana sini. Aku ada dua pilihan. Choose graphic atau multimedia. Tapi, kat sini pun aku ade masalah sikit. Aku rase nak tamak, haloba, greedy atau sewaktu dengannya! Aku nak pilih dua dua. Hahaha. Nak belajar BOLEH tamak tamak men! Who cares? peduli ape en?Super cute onion So, tengok la nanti ape keputusan muktamad aku. If can, both of it.Enoughh! Kenapa aku minat design? Find out for your own, ok? Kalau aku story panjang x lebar x tinggi pun kau macam bace? kan blog kau takde orang bace? ( *emo )Hahaha.Ok. Continue.


On last 9th Jan, aku attend education fair kat KLCC. Aku ni kurang pandai jalan sorang sorang kat tempat yang sesak macam ni. Lagi lagi kat KLCC. Hahaha. Banyak hall plak tu. So, aku jalan la dengan wani memandangkan dia dah pegi semalamnya. Yang aku ingat mula mula teman another kawan yang nak ambil engineering pergi dengar talk kat KDU. Aku pun duduk dan dengar jugak. Agak lama. Tapi berbaloi la. Sebab time tu la aku dapat bayang sikit daripada sebelum tu. Jalan jalan kat booth lain. dapat banyak beg promotion..Orang dah bagi. Takkan tak amik? Zap zap zap. Dapat la lima enam beg. Antaranya, KLIUC, KDU, SEGI  INTIdogemoticon arghh! not my taste.haha! Aku pun cakap la dengan wani ( dia la yang tolong aku ),

" bawak la aku pergi booth yang ada tawarkan design. "

kazidoraemoticonWani bawak aku jalan jalan sampai Hall 3 ( kalau tak silap). Sepanjang tu, ade la jumpe Taylor's University bukan Taylor  Swift tau! Haha! Perjalanan diteruskan ke booth Lim Kok Wing betul ke aku eja ni? Gempak la! Aku macam tergamam la jugak en. Aku pun terus la isi borang. LKW pun cam best je.Ade lagi satu ni best gak! Saito . Hari tu college ni invite aku pegi open day. Tapi aku tak dapat attend. Sayang gilerr!

" wani, dekat sini takde The One Academy ke? "
" jom cari dulu! "  onigiriemoticon

Huuu~ Akhirnya bertemu jua! Inilah yang aku cari cari. tap tap tap. isi borang. intai intai karya jap. blah! Happy nyer tak terhingga, terkira, terbilang, gemilang. Erk? Dapat borang plak tu! tinggal isi je. Something interesting about it :-

  • Chairman die Ali Mohamed. * melayu kot
  • The city is your classroom  nie bukan aku yang cakap eh. Memang ade kat dalam buku die.
  • Ada cawangan dekat Penang
  • Ade link dengan UK. Aku bukan berangan  kenyataan nak belajar kat sana pun!
 
ni la TOA tu. colourful en? I like!
Erm, most of the students chinese. Malay tu, ratio die 1:3 dengan chinese.India? tak sangat kot. Majority jugak male .Perempuan mane minat sangat bidang ni. Aku je la kot! Cuba korang imagine banyak. Aku ni ladies, malay, then muslim. Nanti aku kawan dengan orang singapore, hong kong, spain, new york etc. International ok? Dapat ke aku jaga diri aku? At least bertudung plus behave plus beware in social and guys plus be storng defend dignity. Can I? Tetiba aku rase cam nak masuk LKW. Sebab? Yang aku tau la en. Ade jugak malay kat situ even bukan major. Chinese tu of course la. mane mane diorang jugak major kan? Super cute onion


Kawan aku kata, nak masuk college, masuk yang famous amous. Why? Supaya di kemudian hari korang tak akan jadi penganggur terhormat yang bersepah tu.Example macam TOA dengan LKW tu la.Itu aku no problemo langsung. The main problem is aku sekarang ni dah la tak kerja en.Income mane ' masuk ' weyh! Aku jealous betul ngan kawan kawan aku yang dah kerja. Lagi lagi dah amik lesen. Dengki aku! Dengki baik. Jangan lupa bawak aku jalan jalan! haha! Senang la kau orang. Kaya raya. Aku ni, isk isk isk. Sedih nak cerita. mushroomemoticon


mak aii!! panjangnya entri aku hari ni! pecah ekod.  girlemo


So? Aku mintak la korang bagi nasihat atau suggestion korang untuk aku di samping aku buat istikharah dahsyat dahsyat! Sudilah membantuku.girlemo I need the answer, to let it go from my mind. As soon as possible, ok? yaw yaw. Lalala yaw! Tata nasubichanemoticon



Sunday, February 20, 2011

budak baru study

ibu jari kaki semua senyum. tapi kaki 'lawa' macamm...

Red fox


Hello hello hello! hahaha. Ape kabar semua? kau tanya kat siapa? mane ade orang bace la. Erm, ampun lama tak update. Aku sebok edit blog ni. Tapi tak pe la. Kang tak update susah plak kang! Lagipun tengah free ni. Takde orang kacau aku.Hari ahad macam ni biasanya aku ikut parents aku melawat adik aku yang gedik tu. Tapi minggu ni malas pulak! Waktu adik aku call tadi, dia suruh aku ikut. sebab ramai junior rindu kat aku. DUSTA kau! Lagipun aku nak take a rest jap sambil tengok cerita sherlock holmes ni. Aku tulis entry ni sebab aku terbaca entry How to: Make a really good blog entry /post  dekat blog Mr K. Satu panduan yang membina bagi aku.Ade benda yang aku tak tau, sekarang dah tau.

Big head Nak orang follow kite, aku tak suruh pun korang follow macam korang selalu tulis I follow u, u follow I. Susah nak tengok benda ni takde kat shoutmix or chatbox bloggers. Haha! kite kena la rajin rajin follow orang dengan blogwalking So, three plus one simple steps cara aku blogwalking

waiting

1. Make sure loading die tak lame.

Aku hate giler dengan blog yang loading lama lama ni. Ape masalah bila lama? Kalau lama, blog tu diISYTIHARkan obess.Jage la blog tu elok elok macam korang jaga badan korang jugak! Aku ni manusia. ade jugak tugas lain ke atas diri aku such as makan, solat, etc. Timbang la blog tu. Jangan la letak widget yang does not require! Silap silap aku tekan X terus. Malang betul. Tak sempat bace pun lagi.



 2. Baca entry
Kalau blog tu only take a few second untuk loading, then aku akan continue pada entry die.Aku akan tengok cara penulisan blog tu. Kalau part ni aku menyampah banyak dengan blog yang ubah font die jadi font yang difficult to read. Ada certain blog tu, aku tak nak la jahat sangat sampai nak tunjuk kat sini tapi mostly yang buat camni blogger yang still sekolah and great possibility, blogger tu mesti GIRL. Sebab aku pun tergerak jugak nak buat tapi aku tak buat sebab unwieldy.




 3. Tinggalkan jejak
 Aku akan terus follow dan tinggalkan komen kat chatbox die sebagai tanda aku dah blogwalking kat situ and die boleh review blog aku pulak! The most important is aku tidak akan tulis " nice blog..", " follow i, nanti i follow u balik..", etc.

    Dulu sebelum aku tekan X, kalau orang tu ade banner biasenya untuk blogger yang aku guna tutorial diorang untuk blog aku. Kire macam tanda penghargaan la konon. aku akan letak banner die kat blog aku. Kalau macam tu, penuh la blog aku dengan banner orang. Sebab? hari hari aku blogwalking cari tutorial untuk improve blog aku ni.

    Kaos LiccaSetiap kali blogwalking baru-baru ni, aku mesti bukak blog ni dan yang ni.Dua-dua best! Gempak! Banyak lagi yang comel macam Cik Epal dan Irine Nadia. Sambil aku blogwalking aku belajar banyak benda daripada diorang dan blogger lain. Espeacially blog Mr K entry die banyak buat aku berfikir. Kalau baca entry die aku rasa feel tu macam die tengah cakap dengan aku. Style die pun best. Gamba gamba dalam entry die best. Die suka pakai quotes dalam entry . Bagi certain girls mungkin tak suka die sebab dia asyik kutuk perempuan dalam most of entri dia.Apehal aku cite pasal Mr K ni? Hahah.

    Kaos Purple Entri aku memang selalu tak panjang. Aku takut panjang panjang nanti melalut plus tambah dosa plus isi hampeh je. So, terpulang la dengan cara korang kan. Blogwalking bukak tab banyak banyak ke, sama macam aku ke, tak kesah la. Tu blog korang. Aku ade banyak benda lagi nak bukak selain blog. Bukan aku sorang je pun guna internet ni. Abah aku kata " bukak tab banyak banyak effect orang lain jugak! " . Tu yang internet jadi slow tu. Belum campur yang guna wifi macam fon aku ni.Hoh! mood mak nenek telah tiba! bebel je aku ni. Esok insyaAllah aku update.Tunggu dan baca je la apa yang aku tulis nanti.Takde orang nak tunggu la. Penunggu ade la.
    Aishh seram pulak! Ok readers digest hahah! Tata. Valentine icons

    Tuesday, February 15, 2011

    Buzzing

    nammmpakk segala lubang.
    Cute character girl Assalamualaikum semua!

    Haha! Semalam aku stressed. Bukan sebab kena marah, tapi stress sebab orang lain kena marah. Aku nak tengok tv pun tak aman. Dah kalau sorang kena marah, siapa saja yang bernyawa di situ turut dimarahi. Setan agaknya dalam badan orang tu. Dari petang sampai malam nak marah. Marah pun agak agak la en. Ni tak. Aku tengok cam takde belas kasihan langsung. Die nak menang jugak plak tu. Aku tak ley nak tolong ape la. Bukan kuasa aku.Mimimo mouse

    Nak suruh solat contohnya, tak yah marah marah kot. Boleh suruh baik baik. Rasulullah pun tak marah cam tu. Kalau aku sendiri pun di suruh marah marah. Aku tanak buat. Tak ade budi pekerti ke nak suruh baik baik? Kalau jadi cikgu, for sure ramai budak die dah lenyek agaknye. Parents pun ramai serbu. Sampai naik segala tangan dan tali pinggang melampau la en.
    MOOD: Kaos Chikaentri hari ni cam emosional skit dan lebih kepada luahan.Post yang sebenarnye kat bawah ni.

    Ape pendapat korang pasal didikan secara psikologi?
     bace bawah ni


    Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat
    antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.Leaf
      
    Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat gangguan yang kerterlaluan atau boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanakkanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri, tingkah laku agresif atau kerencatan perkembangan. Definisi
    penderaan emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaan ini tidak seperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan di mana pihak pekerja perubatan, perundangan, kepolisan, sosial dan masyarakat umum boleh mengenali masalah ini dengan mudah. Ketiga-tiga jenis penderaan ini sudahpun dimasukkan ke dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 yang baru digubal (Malaysia 1991).

    Tingkah laku tidak sihat ibu bapa atau penjaga 
    1. Penolakan: Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara
      tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga apabila dalam keadaan marah. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anak mereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentuk penolakan.
    2. Pengasingan: Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Tindakan
      ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan. Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usaha mendisiplin anak yang melampaui batas.
    3. Menakutkan: Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh dan meninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibu bapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh
      anak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirian apabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka dengan sengaja. Tingkah laku menakutkan
      ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui proses penceraian.
    4. Sikap tidak peduli : menolak tindak balas emosi (Ignoring - Denying emotional responsiveness): Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapa sebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap anak. Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali mencium anak dan merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah dengan cara perbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan
      apa-apa (acts of omission). Dalam erti kata lain, mereka tidak berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak.
    5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Exploiting): Ini menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yang menyimpan anak dalam rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjaga kepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yang menggalakkan anak terlibat dengan pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak. Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satu perbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadap anak yang dipaksa melakukan perbuatan keji sedangkan anak-anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka.
    tolonnnnggg!
    Cute smiley Dah bace kan? Tu la yang aku takut tu. Aku yang bukan mangsa pun rasa jugak tau.
     Erm, tu je la kot. Aku just luahkan je ape aku rse. kalau korang nak bace lagi. kat sini. ok? Rabbit 1 
     Green tata~

    followers

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...