put your footprint here. ok?

Sunday, February 27, 2011

My abah pergi Oman



Kiki   First of all, aku mintak maaaaaaaaaaaaaaff sangat sangat sebab tak updated. Actually tak updated bukan tak ada masa. Tak ada kesempatan di dalam kesempitan. Ini adalah kerana apabila si debab itu berada di rumah, chance aku nak sentuh computer ni sangatlah tipis erk? skemanya. Dia kata qada' sebab die duduk hostel, sedangkan aku bila bila masa boleh bukak bila die balik nanti. Tapi tak jugak! Hari biasa mak aku plak guna. Cisdale! Aku kena main rebut rebut pulak! Tapi insyaAllah tak janji Kalau lapang aku updated banyak banyak.

Aku takde benda best sangat tapi aku nak share something. Hari ni, pagi tadi kitorang satu family hantar abah aku kat airport KLIA. Out station kat Oman. So, 6:30 am dah gerak, sebab flight abah aku pukul 9:30 am. Dengan menaiki ford everest yang dipandu sendiri oleh ayah aku, kena sampai airport pukul 7:10 am nih! Pecut? Haruslah~ Wajib-ul-ghunnah pulak! Akhirnya 7:15 am sampai. Sepatutnya ayah aku gerak naik teksi je, tapi kitorang gedik nak hantar jugak!

Sampai sampai tu, penuh airport. Budak mesir dah gerak balik sana kut! Sementara tunggu abah aku check in tu, aku agak la bosan sebab bateri fon flat. Padan muka aku! Sape suruh tak charge? Dah tu earphone tersayang dah mintak clash dah. Bila nak cari baru ni? Teringat status ni semalam

  

waaaahhhh! Power gila hayat earphone die. Earphone aku? ciwekkkk! gedikkk! Memang tak boleh harap. Talian hayat pun tak bley pakai.Stop stop. Akhir sekali fon aku pun koma time tengah breakfast kat McD. Makan hot cakes. Takde la sedap mane pun.Just nice. Tak tau nak breakfast ape. Lebih kurang macam dorayaki kot, cume kosong. Tak hot pon! Aku ingat panas la sangat macam air kopi die. Hot fm lagi hot! Hahaha.



Bukan gamba aku. -google-



Tibalah saat saat perpisahan .. ceyh!  feeling pulak! Bukannye tak balik. seminggu je pun. Tapi aku rase sedih bila abah aku cakap


" Semoga dapat result yang baik! .. "

Huhu. Ape ape pun. Doa yang berterusan dipanjatkan kepada Yang Maha Adil dalam keputusan untuk hamba hambanya. Sayangnye time tu abah takde. Hmm, Ok. Life must go on Jaja! Mata menghantar langkah abah sehingga hilang dari pandangan. Sekarang. Tiada tujuan. Basyeer plus bushro nak tengok gak flight abah berlepas. So, we all pegi kat KFC yang terpencil kat taman kanak kanak tu. straight ke luar nampak landasan. First time tengok KFC lengang. Tadi dekat McD bukan main penuh sampai family kitorang main curik curik kerusi untuk duduk kat meja tinggi tu. Hahaha. Agak kelakar. Lastly, ummi plus abah plus bushro je duduk kat sit biasa. Tunggu punya tunggu punya tunggu, nampak la Oman Air berlepas. Huhu. Kontot je flightnye. Sebab tu la banyak transit. Tangki kecik.Pukul 11 lebih camtu abah sampai Bangkok! Pukul 3 flight ke mana pulak ntah. Tak ingat.

Kitorang ape lagi. Balik arr. Bukan balik umah. Tapi balik kampung. Before that, kitorang merayau kat Banting. Kononnye nak cari umah kawan lama umi. Tapi NOT found. Perjalanan diteruskan ke kampung. Ambil nenek bawak pergi kenduri dekat taman sebelah perumahan aku.

That is my journey for today. Enjoy my journey? Owh! Not yet? wait for tomorrow. Sampai sini je la eh? kucing aku dah lapar tu!  littlekittyemoticon

p/s : shuhadah jainal! Sorrrrry. Tapi nanti aku tolong blog kau! :)

No comments:

Post a Comment

followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...