put your footprint here. ok?

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM 2010

antara yang hadir AWAL


Post ni di'draf'kan sebab aku mengantuk malam tadi. Mane taknya.Datang sekolah 8:30 pagi iaitu rigth after ummi hantar adik adikku ke sekolah. Tu je satu satu alternatif yang aku ada untuk ke sekolah.Kereta wanita penuh. That's why mak aku hantar pagi walaupun result keluar pukul 12. Pukul 12 mak aku dah masuk sekolah dah.
 
Ceyh! Semangat je en. Budak laki lagi arr. Siap menginap dekat sea view. Konvoi naik kereta. Berduyun duyun kot masuk. Jenama kereta tak payah cakap la. Anak orang kaya en semua. Yang paling tak tahan. Kitorang siap amek gambar lagi time ketibaan diorang. Macam ketibaan VIP je aku tengok!
 
Lunch tak tau nak makan ape.Driver ade sorang dan kereta sebijik je. Last last wani dengan amel gi beli KFC. Lepas makan, semua dah gerak nak balik dah. ade yang baru sampai. Aku dengan reyna tak tau nak balik naik ape. Kitorang tanya la Amnah. Kot kot die boleh tumpang sampai KTM Shah Alam en. Then Pak Cik Alias ayah Amnah kata boleh. Driver Reyna amik die dekat KTM. Aku kena la naik KTM sorang sorang dari Shah Alam ke Bukit Badak.First time dari jalan kaki dari Bukit Badak sampai pintu rumah. Biasenya ada orang jemput. Tak pe la. Jalan je. Bukannya jauh sangat pun.
Aku tak cerita lagi pasal result en. Hahah! What can I say? Hurm, overall good. Ade jugak subjek yang aku tak sangka sangka macam Akaun dengan Sejarah. Alhamdulillah. B+. Tapi aku taknak amik accountancy. Tak minat. Aku lebih minat design. Malang sekali, aku terpaksa menguburkan keinginan nak masuk The One Academy. Mak aku suruh masuk UITM. Aku akur je. Tak kisah pun masuk mane mane. Janji design atau seumpama.Sabtu ni InsyaAllah aku nak pergi " selangkah ke UITM " di UITM Shah Alam, Seksyen 7.


She got 10A+

Tu kawan aku. Masuk paper Utusan. Bukan satu sekolah. Harap Maklum. Pastu aku tertarik pulak dengan status Moda dekat Fb


Jadi, yang tidak cemerlang. jangan frust menonggeng + meronggeng. Chill je. Banyak lagi cabaran dekat luar. SPM bukanlah segala galanya, tapi segala galanya bermula dengan SPM. Haha! macam kenal je ayat ni. Jangan pakai ayat aku ni. Kepada calon SPM 2011, Fahmi dan candidates lain, All the best! Belum terlembat untuk membetulkan kesilapan. Beras belum jadi bubur lagi. Cakap pasal bubur, lapar pulak ! * perut berbunyi * Nak makan.Choww!

No comments:

Post a Comment

followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...