put your footprint here. ok?

Tuesday, February 15, 2011

Buzzing

nammmpakk segala lubang.
Cute character girl Assalamualaikum semua!

Haha! Semalam aku stressed. Bukan sebab kena marah, tapi stress sebab orang lain kena marah. Aku nak tengok tv pun tak aman. Dah kalau sorang kena marah, siapa saja yang bernyawa di situ turut dimarahi. Setan agaknya dalam badan orang tu. Dari petang sampai malam nak marah. Marah pun agak agak la en. Ni tak. Aku tengok cam takde belas kasihan langsung. Die nak menang jugak plak tu. Aku tak ley nak tolong ape la. Bukan kuasa aku.Mimimo mouse

Nak suruh solat contohnya, tak yah marah marah kot. Boleh suruh baik baik. Rasulullah pun tak marah cam tu. Kalau aku sendiri pun di suruh marah marah. Aku tanak buat. Tak ade budi pekerti ke nak suruh baik baik? Kalau jadi cikgu, for sure ramai budak die dah lenyek agaknye. Parents pun ramai serbu. Sampai naik segala tangan dan tali pinggang melampau la en.
MOOD: Kaos Chikaentri hari ni cam emosional skit dan lebih kepada luahan.Post yang sebenarnye kat bawah ni.

Ape pendapat korang pasal didikan secara psikologi?
 bace bawah ni


Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat
antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.Leaf
  
Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat gangguan yang kerterlaluan atau boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanakkanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri, tingkah laku agresif atau kerencatan perkembangan. Definisi
penderaan emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaan ini tidak seperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan di mana pihak pekerja perubatan, perundangan, kepolisan, sosial dan masyarakat umum boleh mengenali masalah ini dengan mudah. Ketiga-tiga jenis penderaan ini sudahpun dimasukkan ke dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 yang baru digubal (Malaysia 1991).

Tingkah laku tidak sihat ibu bapa atau penjaga 
  1. Penolakan: Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara
    tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga apabila dalam keadaan marah. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anak mereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentuk penolakan.
  2. Pengasingan: Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Tindakan
    ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan. Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usaha mendisiplin anak yang melampaui batas.
  3. Menakutkan: Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh dan meninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibu bapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh
    anak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirian apabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka dengan sengaja. Tingkah laku menakutkan
    ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui proses penceraian.
  4. Sikap tidak peduli : menolak tindak balas emosi (Ignoring - Denying emotional responsiveness): Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapa sebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap anak. Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali mencium anak dan merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah dengan cara perbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan
    apa-apa (acts of omission). Dalam erti kata lain, mereka tidak berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak.
  5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Exploiting): Ini menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yang menyimpan anak dalam rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjaga kepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yang menggalakkan anak terlibat dengan pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak. Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satu perbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadap anak yang dipaksa melakukan perbuatan keji sedangkan anak-anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka.
tolonnnnggg!
Cute smiley Dah bace kan? Tu la yang aku takut tu. Aku yang bukan mangsa pun rasa jugak tau.
 Erm, tu je la kot. Aku just luahkan je ape aku rse. kalau korang nak bace lagi. kat sini. ok? Rabbit 1 
 Green tata~

3 comments:

  1. waw..sian yer awk dn bdk yg dimarah..
    patutyer xleh nak marah2 lau nk swoh wat sesuatu.
    kanak2 xleh dimarah lau swoh wat sesuatu.
    sbb mereka akn buat perkara tu sebab dimarah bukan sbb merka nk buat..
    so x patut!!

    sabar eh syg.

    ReplyDelete
  2. tapi kadang2 terlebih sayang pun bahaye gak kan.. so yang penting kne balance r.. xleh garang2 sangat, xleh manje2 sangat =)

    ReplyDelete
  3. [nik atirah] sian kan? so, cane ek kte nak nasihatkan orang tu secara berhemah?

    [key_are] betul jugak tu.

    ReplyDelete

followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...